Assalammualaikum Alhamdullilah.. ada juga yg wechat minta saya update blog.. means masih ade orang nak follow cerita saya di Australia or mencari peluang di Australia..
Maaf lambat.. keluar town buat nature shoot
Mungkin ramai yg dok tgu update macam mana saya boleh jdik legal selepas blacklist.. cerita nya panjang dan rumit tuk explain secara penulisan.. or mungkin saya akan update kemudian..
Kenapa saya kerja di Australia.. untuk kumpul modal bukak business.. kenapa tidak kumpul modal di Malaysia.. 1. kerana mata wang - Australia lebih tinggi 2. gaji basic - Australia lebih tnggi.. semua kerja di bayar mengikut jam/hourly.. penduduk tempatan di bayar AUD30 sejam (antara yg rendah) untuk menjadi customer services officer 3. hari gaji - 2 minggu sekali 4. perbelanjaan - jika anda masak sendiri barang2 mentah dia seperti sayur, ayam, daging adalah murah.. untuk perbelanjaan seminggu mungkin anda perlukan AUD50 5. barang2 keperluan lain murah berbanding dengan pendapatan mereka
Bila anda sudah bekerja di Australia segala perbelanjaan anda jangan di convertkan kepada RM.. memang jadi mahal la.. anda dapat gaji sini anda belanja cara sini..
Contoh kerja customer services di Australia Sejam AUD30 X 10jam X 5hari X 4minggu = AUD4800 sebulan iPhone 6+ = AUD950 Kasut Adidas ZX500 = AUD100 Untuk membeli iPhone 6+ hanya mengambil 20% dari gaji bulanan mereka.. Untuk membeli Kasut Adidas ZX500 hanya mengambil 2% dari gaji bulanan mereka.. kalau bercerita pasal kereta or big bike lagi hebat..
Contoh kerja customer services di Malaysia Sejam RM? X 8jam X 5hari X 4minggu = RM3000 sebulan iPhone 6+ =RM3000 Kasut Adidas ZX500 = RM350 Untuk membeli iPhone 6+ mengambil 100% dari gaji bulanan mereka.. Untuk membeli Adidas ZX 500 mengambil 12% dari gaji bulanan mereka.. tidak perlu cerita tentang kereta dan big bike.. Kadang2 perbandingan yang dibuat oleh sesetengah orang adalah tidak betul.. hanya mengambil perbelanjaan tidak mengambil kira pendapatan..
Kalau berminat tuk bekerja di town macam saya.. seriusly cost dia tinggi.. visa application melalui peguam.. rumah sewa jer AUD170 deposit 6 minggu.. transport train satu hari AUD7.. makan lagi.. so semua ini cost sementara nak tunggu gaji pertama 3 minggu akan datang.. saya lalui kerja ladang untuk kumpul modal.. Ok la mana yg interest atau serius untuk cari kerja ladang.. saya boleh usaha kan.. contractor tempat lama mencari2 pickers untuk next season.. 2015.. picking grape macam yg pernah saya buat dulu.. Kali ini lain skit sbb saya tiada disana.. contractor akan bantu anda.. contractor dan farmer terbaik yang pernah saya bekerja..
Kali ini saya letak gambar sbb ramai yg tidak suka membaca.. kalau ada soalan bole hantar di wechat.. mungkin saya tidak jawab di wechat.. tpi saya akan update di blog supaya ramai boleh share soalan dan jawapan yang sama.. Thanks
Assalammualaikum There a loT thing I miss.. kids..
Malaysian Mapley.. Talent Photography.. and much more.. Will be back one
day.. once everything good to go..
Bile2 direnung2kan pepatah melayu..
HUJAN EMAS NEGERI ORANG HUJAN BATU NEGERI SENDIRI LEBIH BAIK NEGERI SENDIRI
Bila
dah duduk negara yang bukan dilahirkan dibesarkan.. saya sudah faham
pepatah ini dengan mendalam.. bukan senang tinggalkan negara dilahirkan dibesarkan dalam tempoh masa yg lama.. kita di luar comfort zone kita..
Sya
memang gila pergi gym dan fotography.. di Malaysia itulah xtvy
seharian.. gym dan photoshoot.. alhamdullilah dapat juga main besi
dan activity gym di sydney.. 4 to 5 days a week after work.. Balik kerja makan skit.. naik train ke Parramatta.. Model
fotography belum jalan lgi.. belum berani shoot talent Australian..
Main
gym di Australia lebih kurang sama macam di Msia.. cuma mereka punya space besar.. mereka juga tak
sombong.. sekarang nie sibuk buat recording skit.. future plan bila
balik Malaysia nanti..
Saya labelkan CRUNCH & PROUD.. maybe dan insyaallah ade rezeki buka gym di Malaysia nanti.. Lagi satu passion ambik portraits talent.. biasa perempuan la..
Antara
talent2 di Malaysia yang pernah saya photoshoot.. Jangan tanya kenapa
sesetengah tu seksi.. its a verity talent and concepts.. syok kalau ada
talent Australia yg nak collaborate.. tpi mereka2 nie jarang buat TFCD..
semua berbayar..
Mari cerita pasal kerja di Austalia.. buat masa ini sya cerita kan basic sahaja.. datang Australia untuk 3 bulan dahulu.. jangan fikirkan dulu legal sbb kosting dia berkali2 ganda.. kemudia saya ceritakan..
Berbalik pada costing (kos) nya ke Australia.. 1. Passport - terpulang nak buat 2 tahun or 5 tahun.. ikut budget.. nak duduk lama buat 5 tahun.. kalau nak cuba2 buat 2 tahun sudah.. 2. Visa - Kalau holiday visabawah RM100 (bukan Working Holiday Visa.. boleh buat di mana travel agency.. yang buat buat pergi umrah dan haji pun boleh..
3. Hotel - lebih baik ambik hotel AUD80 semalam sebilik.. Hotel bukan backpacker.. Kalau datang 2 3 orang boleh share lebih selesa dan murah.. ambik la 2 3 malam.. jalan2 di Melbourne dulu ker..
4. Transport - Dari Kuala Lumpur ke Melbourne - RM???? bergantung kepada offer dari MAS or Air Asia.. beli return jangan beli way sahaja.. jarakkan dalam 7 hari atau 1 hari.. kalau sesuai kerja bole mintak orang dari Malaysia postpone tarikh bile nak balik - Dari Airport ke Southern Cross Melb AUD17 - Dari Melbourne ke Swanhill atau Robinvale antara AUD40 ker AUD50 sehahala - Dari Rumah ker Farm - Antara AUD5 sehari atau AUD30 seminggu.. di tolak dari gaji.. tiada wang di perlukan atau di dahulukan 5. Tempat tinggal di farm - Antara AUD70 ke AUD75 seminggu.. pun di tolak dari gaji juga.. tiada wang di perlukan atau di dahulukan.. Biasa tempat di tempatkan di kabin.. share samada 2 orang sebilik atau 4 orang sebilik.. bilik bukan saya tentukan.. contractor dan supervisor farm akan tentukan.. 6. Duit belanja makan - Ini susah nak cakap sebab.. semua ikut perut masing2.. ada orang bwk wang sikit cukup.. ada orang bawak wang banyak tak cukup.. sya nasihatkan bawak AUD500 ke AUD600 sebagai duit belanja sebelum gaji pertama keluar.. Jangan dikira sekali dengan duit transport dan duit hotel..
7. Duit fees saya - Berapa? Tunggu update saya Kalau pandai budget dan cari tiket flight yg murah.. belanjan antara RM3500 ke RM4000 pun sudah cukup untuk ke Australia.. plan betul2 jangan gelojoh.. Thanks Sam Crunch N Proud
Masih ramai yang email dan mencari kemana hilang nya rezekidiaustralia.blogspot? Saya
masih ada di Australia.. Living a life in Australia.. Work and enjoy
the beautiful of Australia walau tak sama macam di Malaysia..
Saya akan start mula blogging kembali.. selepas menerima email yg tidak putus.. tentang kerja2 ladang mahu pun kerja di bandar. Untuk
kali saya tidak tumpukan kepada peluang kerja sahaja.. blog ini akan
lebih personal tentang saya dan kehidupan saya di bumi Allah Australia
ini..
Alhamdullilah..
saya sudah legal di Australia ini.. Ade valid Visa dan Tax number..
kerja pun alhamdullilah.. 1 jam AUD22.. kerja 10 jam sehari.. start 7am
to 5pm.. dengan cara legal sahaja anda bole dapat gaji sebanyak itu.. ini pun kira rendah banding dengan orang local Australia..
Mana2 yg tidak pernah dengar nama saya.. sebab blog baru so seba sedikit info ttg saya semasa di Australia..
Nama popular : Sam Mustapa
Blog : rezekidiaustralia.blogspot sekarang dah tutup.. ini yg baru
Sampai Australia : May 2013 sehingga sekarang
Status Visa : Legal dan mempunyai TFN (Tax File Number)
Pengalaman kerja di Australia : Swan Hill picking grape.. Sydney house renovation dan welding.. Grafton @ Coff Harbour picking blueberry.. Tolley Buck picking Nectarine, Peach dan trim grape Robinvale picking Grape..
Pekerjaan sekarang : Legal stainless steel construction worker
Jika masih berminat untuk kerja di
Australia.. ada beberapa cara boleh communicate dengan saya.. saya sedia
menjawab persoalan yang tiada saya update di blog.
Entry akan datang : Berapa kos min untuk ke Australia Thanks Sam Mustapa