Tuesday 24 May 2016

Lama hilang?

Hi

Kalau2 ada yang masih jenguk2 blog ini.. terima kasih.. hampir  1 tahun 6 bulan senyap dalam blog..

Mana saya pergi.. last entry pada November 2014..

Saya sekarang di Melaka.. buka perniagaan cafe bersama wife tersayang.. saya balik atas sebab keluarga

 Dalam masa saya diam masih ramai yang tanya2 tentang kerja2 fruit picking di Australia dan macam mana nak buat legal di Australia.

Secara maklum ramai yang sudah pergi kerja di Australia.. macam2 jenis kerja.. ade legal dan ada illegal..

Saya ucapkan syabas kepada those yang buat secara legal, dan those yang ada di Australia sekarang secara illegal cari lah peluang untuk menjadi secara legal. 



Ini Jawapan saya kepada mereka yang interested ke Australia.

Kepada yang interested sangat nak ke Australia untuk mencari rezeki atau nak cari pengalaman kerja di negara orang.. saya nasihat kan jangan pergi melalui agen yang meminta bayaran.. tidak kira berapa bayaran sekali pun. Kalau ade kenalan yang beri secara percuma bole follow mereka.

Elakkan menjadi blacklist / overstay. Banyak masalah akan timbul kemudian hari sama ada di Australia ataupun Malaysia.. terutama Immigration kedua2 negara.. 

Elakkan ke Australia dari bulan Jun ke Dec kepada newbie.. Kenapa?
Jun - August : Musim Sejuk.. x banyak fruit yang berbuah kecuali kerja2 kebun sayur. Dan cuaca terlalu sejuk sehingga membataskan gerakan kita untuk bekerja dengan pantas.
Sept - Dec : Musim Spring.. ade kerja tpi kebanyakkan untuk senior yang sudah biasa.


Ade website @ blogspot yang offer kerja sepanjang tahun?
Kalau anda sudah lama dia Australia.. ya anda mungkin bole kerja non stop sepanjang tahun.. sebab anda sudah biasa dengan cuaca dan cara picking.. Buat anggur, pastu buat oren, pastu buat mango, pastu buat apricot dan macam2 lagi.. anda akan berpindah dari satu tempat ke tempat.. mungkin dalam 1 tahun anda akan berpindah 3 ke 4 tempat yang jaraknya bukan dekat. kadang mengambil masa 24jam untuk sampai..  

Ade syarikat yang offer kerja secara legal.. petik buah legal?
Kalau ade syarikat yang offer ade visa @ permit untuk petik buah maksud nya syarikat itu scam.. mereka cuba mengambil duit percuma dari anda.. tiada visa @ permit untuk kerja ladang di keluarkan oleh Immi Australia.
Pada pendapat saya nama syarikat di guna untuk mengaburi xtvt mereka yang tidak berapa halal.. kenapa saya berkata begitu kerana ramai sudah memberi kongsi info dengan saya tentang xtvt mereka ini.

Ade syarikat mereka adalah contractor yang dilantik khas dari Malaysia.. bekerja rapat dengan farm..
Kalau mereka betul kenapa mereka tidak memberikan visa @ permit kerja sebelum anda flight ke Australia.. Kenapa perlu visa melancong.. 
Kalau ikut connection yang mereka katakan mesti mereka mampu keluarkan visa @ permit kerja. 

Mereka claim process legal bole dapat permit.
Berapa mereka mtk bayaran.. Untuk application stay secara legal tidak lebih dari AUD100.. kenapa mintak sampai RM2000 ke RM5000..
Ingat, mereka buat kerja dulu baru bayar.. ade prove baru bayar.


Mereka ade testimoni.. ade gambar.
Yang jual ubat cantik pun ade testimoni.. ade gambar.. kadang mereka bayar orang..
Kenapa tidak kerja di Australia? kadang mereka bayar orang..

Mereka sain aggrement?
Baca betul2 aggrement.. ada aggrement yang tidak menyebelahi anda.
Adakah dengan membayarkan mereka @ agent membolehkan anda melepasi Immi Australia 100% tanpa banyak halangan dan rasa takut. 

Kesimpulan saya..
Jangan sekali membayar wang kepada xtvt yang anda sendiri tidak pasti keadaan nya.. Saya pernah kene dan saya bersyukur saya masih ada untuk menasihati anda.
Banyak wang untuk ke Australia.. wang itu boleh digunakan untuk berniaga kecil2an.. Daripada membayar sejumlah wang yang belum pasti hasilnya..


Thanks
Sam Mustapa 

Tuesday 2 December 2014

Tepuk dada tanya selera..

Assalammualaikum

Terima kasih kepada yang masih hantar email.. tanya2kan kerja ladang di Australia nie.. dan mungkin ramai tertanya2 bulan berapa yang sesuai untuk datang australia dan kerja..

Jangan datang bulan 12 ini.. kebanyakan kerja tidak berapa cantik.. kalau grape buat bunch trimming.. insyaallah tak boleh buat duit sangat.. kerja payah skit dan murah.. kalau ada pun untuk pasang canopy grape untuk lelaki.. kerja agak payah juga.. ada gaji contract dan hourly mengikut contractor.. 

Lagi satu bulan Dec ini kebanyakan farm tutup untuk 2 minggu sbb cuti Krismas dan tahun baru.. so anda mungkin tidak kerja untuk 2 minggu.. tanpa gaji.. duit sewa kene bayar.. duit makan kene keluar..

Kalau nak datang.. minggu kedua bulan Jan.. Farm yang saya introduce in farm ke2 terbesar di Robinvale.. ada grape.. limau mandarin.. pisang kaki.. avacado.. insyaallah kerja boleh tahan sampai bulan Jun..

 Kerja di farm Australia bkn mudah di sangka.. 
macam kayuh basikal 1 jam ok.. 2 jam ok.. 
3 jam dah mula pancit..

Walaupun kita datang ramai ke Australia.. 
lama kelamaan kita akan meyendiri juga..

Berapa yang saya charge.. sama RM500..

Kenapa saya charge? tak bole bagi free ke?

Yup saya bole bagi free tiada masalah.. ramai yang datang dulu pun separuh darinya ada yg free.. janji nak bayar lepas dapat gaji.. bila dapat gaji hilang tiba2.. itu satu hal la.. yang datang tak bayar cakap belakang2 cerita belakang2 macam dia bayar pulak..

So.. saya charge services atas banyak sebab.. antaranya
1. saya ada contact tempat untuk anda bekerja.. insyaallah tak tipu.. kalau anda tak bole buat atas diri sendiri.. kalau ada orang lain bagi free terpulang kepada mereka dan anda..
2. bila saya charge dan anda cakap belakang2 cerita belakang2 tak der la sakit hati sangat..
3. anggap saja RM500 itu modal anda.. sbb ramai juga yang datang dengan saya bayar RM500.. akhir nya tikam belakang curi boss saya ckp bukan2.. jdik agen ambik RM3000 pula.. so harap faham semua perniagaan ada modal..

MR500 apa yang anda dapat..
1. Tempat kerja di ladang sebagai picker - saya uruskan dgn contractor
2. Tempat tinggal dan transport - contractor akan uruskan
3. Gaji - contractor dan supervisor akan uruskan
4. Lain lain anda urus sendiri.. seperti flight ticket.. visa.. cari info pasal immi.. kenapa saya tidak uruskan untuk anda? sbb perkara ini anda boleh buat sendiri..kalau perkara kecik senang pun anda minta orang lain buat.. macam mana nak picking buah.. picking buah bukan senang macam kita ragut rambutan kat kampung tu.. 

Ada orang byr agen atau agensi spi RM3900.. cuba buat matematik samada anda rugi atau untung? saya tak sure masuk duit belanja atau tidak..
1. Flight pergi balik Melbourne KL Melbourne - RM1600 - RM1800
2. Visa tourist - RM50
3. Duit backpacker - RM100 semalam
Total - RM2000.. 
Berapa banyak yang anda rugi.. kalau termasuk duit belanja mungkin berbaloi..
Lupa.. mungkin mereka janjikan gaji yang banyak tidak sama macam agen yang lain.. terpulang..

Kerja di ladang tempat saya introduce
Area : Robinvale (500km dri Melbourne)
Gaji : Contract - ikut berapa box anda buat.. berapa saya belum pasti
Contractor : Cina Malaysia
Farm : No 2 terbesar di Robinvale
Lain lain info boleh tgk video entry sebelum nya..

 
Thanks
 

Monday 24 November 2014

Grape picking

Assalammualaikum..

Entry kali ini simple jer..

Di serta kan video grape picking.. record pada season 2014..



Saya masih menggunakan email yang sama.. bloggaworm@yahoo.com untuk urusan pekerjaan ladang di Australia

 

enjoy..

Thanks

Tuesday 18 November 2014

Kenapa Australia... Grape picking

Assalammualaikum

Alhamdullilah.. ada juga yg wechat minta saya update blog.. means masih ade orang nak follow cerita saya di Australia or mencari peluang di Australia..

Maaf lambat.. keluar town buat nature shoot










 Mungkin ramai yg dok tgu update macam mana saya boleh jdik legal selepas blacklist.. cerita nya panjang dan rumit tuk explain secara penulisan.. or mungkin saya akan update kemudian..

Kenapa saya kerja di Australia.. untuk kumpul modal bukak business.. kenapa tidak kumpul modal di Malaysia.. 

1. kerana mata wang - Australia lebih tinggi
2. gaji basic - Australia lebih tnggi.. semua kerja di bayar mengikut jam/hourly.. penduduk tempatan di bayar AUD30 sejam (antara yg rendah) untuk menjadi customer services officer
3. hari gaji - 2 minggu sekali
4. perbelanjaan - jika anda masak sendiri barang2 mentah dia seperti sayur, ayam, daging adalah murah.. untuk perbelanjaan seminggu mungkin anda perlukan AUD50
5. barang2 keperluan lain murah berbanding dengan pendapatan mereka

Bila anda sudah bekerja di Australia segala perbelanjaan anda jangan di convertkan kepada RM.. memang jadi mahal la.. anda dapat gaji sini anda belanja cara sini..

Contoh kerja customer services di Australia
Sejam AUD30 X 10jam X 5hari X 4minggu = AUD4800 sebulan
iPhone 6+ = AUD950
Kasut Adidas ZX500 = AUD100
Untuk membeli iPhone 6+ hanya mengambil 20% dari gaji bulanan mereka.. 
Untuk membeli Kasut Adidas ZX500 hanya mengambil 2% dari gaji bulanan mereka..
kalau bercerita pasal kereta or big bike lagi hebat..




Contoh kerja customer services di Malaysia
Sejam RM? X 8jam X 5hari X 4minggu = RM3000 sebulan
iPhone 6+ =RM3000
Kasut Adidas ZX500 = RM350
Untuk membeli iPhone 6+ mengambil 100% dari gaji bulanan mereka..
Untuk membeli Adidas ZX 500 mengambil 12% dari gaji bulanan mereka..
tidak perlu cerita tentang kereta dan big bike..

Kadang2 perbandingan yang dibuat oleh sesetengah orang adalah tidak betul.. hanya mengambil perbelanjaan tidak mengambil kira pendapatan..

Kalau berminat tuk bekerja di town macam saya.. seriusly cost dia tinggi.. visa application melalui peguam.. rumah sewa jer AUD170 deposit 6 minggu.. transport train satu hari AUD7.. makan lagi.. so semua ini cost sementara nak tunggu gaji pertama 3 minggu akan datang.. saya lalui kerja ladang untuk kumpul modal..

Ok la mana yg interest atau serius untuk cari kerja ladang.. saya boleh usaha kan.. contractor tempat lama mencari2 pickers untuk next season.. 2015.. picking grape macam yg pernah saya buat dulu..

Kali ini lain skit sbb saya tiada disana.. contractor akan bantu anda.. contractor dan farmer terbaik yang pernah saya bekerja..


Kali ini saya letak gambar sbb ramai yg tidak suka membaca.. kalau ada soalan bole hantar di wechat.. mungkin saya tidak jawab di wechat.. tpi saya akan update di blog supaya ramai boleh share soalan dan jawapan yang sama..

Thanks

Monday 3 November 2014

Rindu dan costnya..

Assalammualaikum

There a loT thing I miss.. kids.. Malaysian Mapley.. Talent Photography.. and much more.. Will be back one day.. once everything good to go..

Bile2 direnung2kan pepatah melayu.. 

HUJAN EMAS NEGERI ORANG
HUJAN BATU NEGERI SENDIRI
LEBIH BAIK NEGERI SENDIRI

Bila dah duduk negara yang bukan dilahirkan dibesarkan.. saya sudah faham pepatah ini dengan mendalam.. bukan senang tinggalkan negara dilahirkan dibesarkan dalam tempoh masa yg lama.. kita di luar comfort zone kita..

Sya memang gila pergi gym dan fotography.. di Malaysia itulah xtvy seharian.. gym dan photoshoot.. alhamdullilah dapat juga main besi dan activity gym di sydney.. 4 to 5 days a week after work.. Balik kerja makan skit.. naik train ke Parramatta.. Model fotography belum jalan lgi.. belum berani shoot talent Australian.. 

Main gym di Australia lebih kurang sama macam di Msia.. cuma mereka punya space besar.. mereka juga tak sombong.. sekarang nie sibuk buat recording skit.. future plan bila balik Malaysia nanti..




Saya labelkan CRUNCH & PROUD.. maybe dan insyaallah ade rezeki buka gym di Malaysia nanti..

Lagi satu passion ambik portraits talent.. biasa perempuan la..

 









Antara talent2 di Malaysia yang pernah saya photoshoot.. Jangan tanya kenapa sesetengah tu seksi.. its a verity talent and concepts.. syok kalau ada talent Australia yg nak collaborate.. tpi mereka2 nie jarang buat TFCD.. semua berbayar.. 

Mari cerita pasal kerja di Austalia.. buat masa ini sya cerita kan basic sahaja.. datang Australia untuk 3 bulan dahulu.. jangan fikirkan dulu legal sbb kosting dia berkali2 ganda.. kemudia saya ceritakan..

Berbalik pada costing (kos) nya ke Australia..
1. Passport
- terpulang nak buat 2 tahun or 5 tahun.. ikut budget.. nak duduk lama buat 5 tahun.. kalau nak cuba2 buat 2 tahun sudah..

2. Visa
- Kalau holiday visabawah RM100 (bukan Working Holiday Visa.. boleh buat di mana travel agency.. yang buat buat pergi umrah dan haji pun boleh..

3. Hotel 
- lebih baik ambik hotel AUD80 semalam sebilik.. Hotel bukan backpacker.. Kalau datang 2 3 orang boleh share lebih selesa dan murah.. ambik la 2 3 malam.. jalan2 di Melbourne dulu ker..

4. Transport
- Dari Kuala Lumpur ke Melbourne - RM???? bergantung kepada offer dari MAS or Air Asia.. beli return jangan beli way sahaja.. jarakkan dalam 7 hari atau 1 hari.. kalau sesuai kerja bole mintak orang dari Malaysia postpone tarikh bile nak balik
- Dari Airport ke Southern Cross Melb AUD17
- Dari Melbourne ke Swanhill atau Robinvale antara AUD40 ker AUD50 sehahala
- Dari Rumah ker Farm - Antara AUD5 sehari atau AUD30 seminggu.. di tolak dari gaji.. tiada wang di perlukan atau di dahulukan

5. Tempat tinggal di farm
- Antara AUD70 ke AUD75 seminggu.. pun di tolak dari gaji juga..
tiada wang di perlukan atau di dahulukan.. Biasa tempat di tempatkan di kabin.. share samada 2 orang sebilik atau 4 orang sebilik.. bilik bukan saya tentukan.. contractor dan supervisor farm akan tentukan..

6. Duit belanja makan
- Ini susah nak cakap sebab.. semua ikut perut masing2.. ada orang bwk wang sikit cukup.. ada orang bawak wang banyak tak cukup.. sya nasihatkan bawak AUD500 ke AUD600 sebagai duit belanja sebelum gaji pertama keluar.. Jangan dikira sekali dengan duit transport dan duit hotel..

7. Duit fees saya
- Berapa? Tunggu update saya

Kalau pandai budget dan cari tiket flight yg murah.. belanjan antara RM3500 ke RM4000 pun sudah cukup untuk ke Australia.. plan betul2 jangan gelojoh..

Thanks
Sam
Crunch N Proud

Sunday 2 November 2014

Opportunity in Australia

Assalammualaikum

Masih ramai yang email dan mencari kemana hilang nya rezekidiaustralia.blogspot?

Saya masih ada di Australia.. Living a life in Australia.. Work and enjoy the beautiful of Australia walau tak sama macam di Malaysia..

Saya akan start mula blogging kembali.. selepas menerima email yg tidak putus.. tentang kerja2 ladang mahu pun kerja di bandar.

Untuk kali saya tidak tumpukan kepada peluang kerja sahaja.. blog ini akan lebih personal tentang saya dan kehidupan saya di bumi Allah Australia ini..

Alhamdullilah.. saya sudah legal di Australia ini.. Ade valid Visa dan Tax number.. kerja pun alhamdullilah.. 1 jam AUD22.. kerja 10 jam sehari.. start 7am to 5pm.. dengan cara legal sahaja anda bole dapat gaji sebanyak itu.. ini pun kira rendah banding dengan orang local Australia..


Mana2 yg tidak pernah dengar nama saya.. sebab blog baru so seba sedikit info ttg saya semasa di Australia..

Nama popular : Sam Mustapa

Blog : rezekidiaustralia.blogspot sekarang dah tutup.. ini yg baru

Sampai Australia : May 2013 sehingga sekarang

Status Visa : Legal dan mempunyai TFN (Tax File Number)

Pengalaman kerja di Australia : Swan Hill picking grape.. Sydney house renovation dan welding.. Grafton @ Coff Harbour picking blueberry.. Tolley Buck picking Nectarine, Peach dan trim grape Robinvale picking Grape..

Pekerjaan sekarang : Legal stainless steel construction worker





 

Jika masih berminat untuk kerja di Australia.. ada beberapa cara boleh communicate dengan saya.. saya sedia menjawab persoalan yang tiada saya update di blog.

Entry akan datang : Berapa kos min untuk ke Australia

Thanks
Sam Mustapa